Google Ad

(BM) Dikir Barat Kenegaraan

Komunikasi yang berkesan memainkan peranan penting supaya rakyat mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat dan supaya rakyat dapat bertindak secara positif.
Dikir Barat merupakan salah satu saluran media komunikasi yang mempunyai ramai peminat dan sangat berpengaruh dan popular di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu.
Dikir Barat mampu menyampaikan mesej secara langsung dan spontan melalui peranan yang dimainkan oleh Juara dan Tukang Karut.
TUJUAN
■Menggunakan salah satu cabang seni sebagai penyalur mesej kerajaan pusat.
■Mewujudkan interaksi dan perhubungan mesra antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat umum.
■Menghidupkan dan mencungkil bakat seni Dikir Barat yang bermutu tinggi.
MATLAMAT
■Meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan generasi muda.
■Memupuk perasaan bersyukur terhadap nikmat kemakmuran dan kemerdekaan negara.
■Menyemaikan semangat bersatupadu dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan rakyat dan masyarakat setempat.
MESEJ
Antara mesej yang perlu disampaikan oleh Pendikir dalam pertandingan tersebut adalah seperti berikut:-
Perpaduan
Pendidikan
Keselamatan Negara
Pembangunan Negara Untuk Kesejahteraan rakyat
Pembentukan Moral dan Akhlak Murni Di Kalangan Generasi Muda

No comments

Post a Comment

Home